Saturday, 4 September 2010

Product Development Via PjBL Concept


Innovative Product Development via PjBL Concept >PKB 2007

Abstrak

Kertas Konsep ini diolah bagi menerangkan pengenalan kepada konsep Pembangunan Projek Mesin Racik MR02/07 yang mana amat signifikan dengan pembangunan projek pelajar kejuruteraan yang menjurus ke arah pembangunan sosio konstruktisma para pelajar. Sila rujuk , Pembelajaran Berasaskan Projek (PjBL) yang dibangunkan dalam meningkatkan pembangunan pelajar Kejuruteraan dalam penghasilan projek: sila layari www.Pkb.edu.com.my ( PjBL:eSOLMS)


Abstract

This concept paper provides a short introduction to Project based Learning (PjBL) that are significant in the mechanical engineering student projects Mr02/07 development and typical of socio-constructivist of student approaches. Please, see project-based learning (PjBL) that developt for engineering project and student development please explore www.pkb.edu.com.my ( PjBL:eSOLMS)


Pengenalan

Bersandarkan kepada pembangunan projek kejuruteraan sebenar yang berlandaskan sosio konstruktisme, Pembelajaran Berasaskan Projek (PjBL) dilihat amat berhubung kait dengan asas pembangunan aktiviti-aktiviti kerja yang selaras serta piawai. Pembinaan projek seringkali melibatkan pengguna dalam metaksir, mentelaah dan menfomulasi penyelesaian kepada pemasalahan yang timbul. Matlamat utama dan objektif setiap dapatan serta hasil kerja projek semasa perlaksanaannya melalui konsep PjBL menjadikan para pelajar lebih fleksi dan terarah dalam membentuk penyelesaian baru yang lebih komprehensif (Collins et al, 1989). Ia berlaku melalui arahan dan gerak kerja yang sistematik yang terwujud di dalam modul PjBL. Yang dibangunkan untuk kegunaan Pengurusan Projek (J5012) pelajar Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (Synteta, P. ,2001,2002,2003).

Project Based Learning (PjBL) adalah merupakan model terkini bagi proses pengajaran dan pembelajaran (pembangunan kurikulum dan pendekatan kepada proses pengarahan gerak kerja projek) yang mana ia berpusatkan pelajar dalam meguasai sesuatu objektif pembinaan projek-projek kejuruteraan secara individu dan berkumpulan. Ia memancu para pelajar dalam mentaksir, mengembangkan olahan ilmu dan kemahiran yang telah diperolehi atau dipelajari dalam menbentuk ilmu baru yang lebih komprehensif . ia juga menjana para pelajar dalam berkerja secara sistematik megikut matlamat yang sebenar serta mengikut piawaian gerak kerja kejuruteraan yang global. Pelajar, melaluinya akan dapat membina pemahaman ilmu pembinaan projek yang maju baru mengikut gaya pembelajaran tersendiri yang piawai. Model PjBL ini merupakan komponen utama dalam menghasilkan pelajar yang dapat menguasai ilmu baru, berkerja secara realiti piawai, pembanguan produk yang inovatif serta global.

Baha AR

Jan 2007-2014 : Project Based Learning (PjBL) >RnD

No comments: