Saturday, 4 September 2010

RnD Dome Vol1


digest Pertama JKM>PKB...RnD Dome..Vol(1)/2010

Sinopsis Digest

RnD DoME diterbitkan dua kali dalam setahun oleh Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Penerbitannya bertujuan untuk memenuhi keperluan KPI serta mengumpulkan sumbangan para staf di JKM dalam penulisan berkaitan penyelidikan dan laporan pembangunan produk-produk yang inovatif. Selain dari itu, penerbitan RnD DoME ini juga bertujuan menterjemah Visi dan Misi Jabatan dalam memperkasa pembangunan PnP dan mutu staf serta produk keluaran Politeknik melalui Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Politeknik Kota Bharu.

RnD DoME ini diterbit bagi memenuhi kehendak pihak KPTM dalam mengembangkan staf akademik di setiap jabatan di Politeknik dalam memperkasakan penulisan dan penerbitan setiap penyelidikan yang dijalankan. Dengan adanya RnD DoME ini, minat para pendidik Teknik & Vokasional dalam bidang penulisan ilmiah akan terserlah melalui penyebaran hasil penyelidikan, pertukaran idea serta pengalaman berkaitan PnP dan ilmu kejuruteraan yang mana ia akan dapat dikembangkan secara komprehensif. Usaha ini diharap dapat mempertingkat kualiti PnP yang pelbagai dalam menghasilkan produk yang bertaraf dunia.

Himpunan ringkasan penyelidikan dan laporan pembangunan produk inovatif di JKM ini merupakan aset yang amat berharga sebagai pengukur kecemerlangan jabatan melalui bidang penyelidikan dan pembangunan produk inovasi pada peringkat institusi, negara dan dunia.

Himpunan ringkasan penyelidikan dan laporan pembangunan produk inovatif ini akan seterusnya dikembangkan ke penerbitan PROCEEDINGS bagi staf Jabatan. Proceedings ini akan memuatkan semua kertas kerja yang dibentangkan di Kolokium Mini Peringkat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal setiap semester dalam Bicara Ilmiah (Perjumpaan Bulanan Jabatan).

Pembentang hasil penyelidikan yang terbaik pada peringkat jabatan seterusnya akan diunjurkan ke peringkat yang lebih tinggi (Penerbitan jurnal peringkat kebangsaan, pembentangan kertas kerja peringkat Politeknik/ Zon/ Malaysia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa).

Semua hasil sumbangan dalam makalah RnD DoME ini yang telah diterima untuk penerbitan akan menjadi hak milik Unit Penyelidikan & Inovasi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu. Ringkasan penyelidikan dan laporan produk inovatif yang tersiar sedapat mungkin dikekalkan idea asal dan pandangan asal penulis, tetapi sidang editor berhak mengubah suai atau mengolah bentuk persembahan ringkasan makalah tersebut mengikut format rasmi RnD DoME.

Semua surat menyurat termasuk manuskrip harus dihantar kepada Ketua Editor RnD DoME, Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu.


1 Januari 2010
RnD DoME
ISSN 2180-2238

No comments: